Kita,
sudah menjadi wanita.
wanita itu apabila dirinya sedar
dia tidak lagi merengek meminta manja
mengadu segala sepi
Masih diberi nyawa,
masih diberi kata
kata untuk terus kuat menentang
jahat dunia
Kita,
wanita yang dahulunya rapuh,
selagi belum dihenyak oleh orang orang gila,
setelah itu, masih lagi rapuh
tapi terus berjalan, untuk mencari utuh.
Kita,
adalah wanita yang diberi anugerah oleh yang Satu,
anugerah kekuatan jiwa,
masih tidak lagi diberi anugerah tulang rusuknya,
setelah berkali kali salah meneka si tulang rusuk,
lalu, kita berhenti meneka.
setelah tersedar, anugerah itu adalah hadiah misteri
dari tuhan.
Kita,
tetap sahaja mampu menjadi wanita,
kerana tanpa wanita,
tiadalah wanita.


Comments