keindahan sebenar
aku memandang hidup ni sebagai suatu tempat sementara,
aku pernah memuja dunia,
mengimpikan keindahannya,
tapi, segalanya hancur
pada mulanya, aku salahkan segalanya,
mengapa tidak tercapai keindahan itu,
mengapa aku terus ditindas,
mengapa aku terus jatuh dan jatuh.
baru kusedar,
aku sendiri yang menghancurkan keindahan itu,
aku sendiri yang mensia-siakannya,
aku tak mampu menyesali keindahan yang tak mampu aku kecap dahulu,
aku tidak lagi mengimpikannya,
aku cuma mahu,
sisa kehidupan aku yang masih ada ini,
mampu menebus segala durjana,
untuk aku kecapi keindahan sebenar disana.



Comments